Thursday, February 9, 2012

norisQa Kafe & Kek Lapis

Assalamualaikum~ salam 1 Malaysia!

:)

Hari ini Izza nak post entri tentang perniagaan keluarga Izza.

Datanglah ke

Norisqa Kafe & Kek Lapis.
Kek lapis bukan sebarang kek lapis tau...kek lapis SARAWAK! Buat sendiri okayh~~ haha~~ tapi rasanya tetap mantapp!!! Pergghh~!!! Hehehe~~


Lets the pictures do their talks~










::* Chukai, Kemaman, Terengganu, berdekatan dengan POS LAJU, belakang KWSP

***Izza upload sikit je gambar~ hehe~~ jom datang!!!

Sunday, August 21, 2011

Trial Terengganu 2011

Syukur alhamdulillah~

Saya dapat hadir dan menjawab peperiksaan tadi dengan baik. 3 minggu sudah berlalu.

Dimulakan dengan matapelajaran
BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS SEJARAH, MATAMETIK, PENDIDIKAN ISLAM, ADDMATH, KIMIA, FIZIK dan diakhiri dengan BIOLOGI.

Harapanku agar keputusan yang bakal diperolehi adalah yang cemerlang daripada yang sebelumnya. Insyaallah!

Wednesday, March 16, 2011

Sudah Kembali

Assalamualaikum~

sukarnya izza utk update lagi blog ini~
minggu cuti telah bermula... kali ini izza ke Perak
kerana menyambut pernikahan cousin izza! *izza dipihak sebelah lelaki! Pengalaman dan
kenangan paling menarik juga boleh dikatakan!!! Mana tak nya.. tempat perkahwinan di PERAK, kami mencari hotel penginapan hingga ke KEDAH!!! Hehe~~
hari keesokannya, adalah hari lahir cosin izza... dia ni antara ‘best student’ di salah sebuah kolej terpilih. Izza kagum dengan dia! Samapi di sini sahaja enrti izza buat kali ni..~~
gtg!






Monday, September 6, 2010

rAyA ~oh~ rAyA

Assalamualaikum~~
Raya ~oh~ raya


Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan nya juga aku masih bernafas di atas muka bumi yang fana ini. Aku juga bersyukur kerana aku dapat menunaikan ibadat puasa dngn sebaiknya.

Entri yang aku coret kali ni untuk mengenang kembali thn-thn yang dahulunya... tahun ni aku beraya di NEGERI SEMBILAN (kmpung sebelah ibu) tapi tahun ni maybe tak meriah mana~~ sbb tahun ni ramai yang balik ke rumah mak mertua masing-masing.. tapi ibuku sudah berjanji akan buat raya tahun ni raya yang GEMPAK!

Di sini aku ingin menyatakan ttg keluarga besarku..(sebelah ibuku..)


nenek & atok aku: mempunyai 7 orang anak, 20 orang cucu (8 dah berkahwin), 15 orang cicit
dan kalau korang semua nak tahu (even korang tak nak kan!! Aku bagi tahu je) aku cucu yang ke 16. Hehe~~ apa kata korang kira semua sekali berapa orang semuanya family besarku. (maths time!) hehe~ oups! Back to our story..


malam raya, orang pergi takbir raya kita orang ni main mercun..haha~~ ketua kami cousin aku lah tu.. then pengikut2 nya kami lah~~ aku tak berapa suka sangat main mercun ni.. sbb kerana agak mengecewakan aku untuk paginya.. tapi kalau dah bagi main, aku suka main mercun ‘das’, ‘roket’, ‘lipas’,‘bola’... paling takut mercun ‘ketupat’! kuat gila bunyi nyer~~ tebaabooooommm!!!! Dan yang group cicit ni main lah bunga api dan ‘pop-pop’! I BENCI YOU ‘pop-pop’!! FYI, aku sorang jer perempuan yang still belajar and main mercun.. semua cousin aku BOYS. Masuk rumah pukul 12 atau pukul 1 macam tu.. terpaksa tukar baju lagi sbb baju aku hanya ada bau asap!


hmm..Kalau bahagian tidur, agak-agaknya korang boleh berimaginasi tak macamana keadaan aku with family besar aku??? Haha~~ kalau semua balik kampong macam tahun 2009, sememangnya seperti sardine! Bantal untuk kepala sorang satu itupun siapa cepat dia dapat! Kalau tak guna ‘kusyen keras’ jawabnyer~~ selalunya kami tidur dalam pukul 1 pagi 4 remaja.. yang parents dalam pukul 11.30 mlm tidor dah.. hehe~~ 4 budak kecil tidor dlam pukul 12! (nak ikot si remaja gak!) keadaan kita orang tidur memang sistemetik~ ...

pagi raya, memang best! FYI, atok akan bawa ‘jam ayam’ dia berjalan keliling rumah.. memang kuat siot bunyi jam tuh! Tp sekuat-kuat bunyi tu yang bangun awal hanya aku dan kak mar~~ kita orang ni pergi lah dapur, duduk bertenggek kat dapur zon 1.. masa tuh, atok kat dapur zon 2.. bagi aku, kami yang dah bangun awal ni bukan nyer nak mandi or buat ape. Just hirup udara segar..

perbualan atok dengan cucunya (aku!):

atok: Ika, pergi lah mandi. Orang lain tak bangu lagi, nanti kalau bangun kang tak sompet nak masuk bilik air..
aku: sompet nyer~~ tok.. ika tak nak mandi awal lah tok, sejuk!!! Ggrrr~~ hehe~~
atok: hah! Pergi lah cuci muka pastu buat air teh, Nescafe, dan milo!
Ika: waa! Tok banyak tu.. ika buat untuk ika je lah~~ hehe~~
Atok: hehe~~ hehe~ golak ja kau suko.. atok nak raso ika buek air~~
Ika: beres tok!

Aku buat je lah apa yang diminta~~ baikkan cucu Karim ni! Tak lama kemudian, aku ingat ‘take a bath!’ waa~~ akibat aku tak ikot ckap atok aku, aku kena tunggu dan ambil giliran~~ huhu~~ dah lah family besar aku ni banyak lelaki dari perempuan.. so kekadang kena juga mengalah.. dah tahu nak pergi solat raya nak bangun lambat lagi! Tak ke aku beng~! Aku pun nak pergi solat raya jugak!

Setelah pulang dari solat raya, kitaorang dengan program seterusnya! Aku dengan pantas melipat kain sembahyang terus menyiapkan ‘props’ untuk program salam bersalaman.. yang ini memang aku paling suka! Hoho~~ setiap tahun aku yang jadi penukar posisi tempat duduk, backdrops.. macam-macam lagi lah~~ time ni mmg sdeyh and happy.. sedih sbb byk dugaan dan cabaran.. happy sbb budak-budak dapat duit raya! Next! Program yang aku paling tunggu-tunggu!! Hoho~ PHOTOSHOTs!` banyak lah aksi yang kita orang ni buat!! Tapi aku ingat thun niaku nak buat kelainan kot...


Eh NAI, cukup lah awak ni mengarut .. habis semua cerita keluar~~ i have to stop!
Toodlessssss.............!

Saturday, August 14, 2010

U & I

Assalamualaikum~~

U & I
(not UPIN & IPIN)
Hmm~~ kekadang, aku fikir juga adakah orang panggil orang tuh dengan panggilan (u & i) ada something??? Hehe~~ aku nak juga buat kajian.. aku kalau ngan budak laki lain tak leyh r panggil u & i.. paling hebat pun, awak & saya~~
FYI, kalau aku memanggil bdak laki terutama nya dengan panggilan (kau & aku)
Aku ada sorang kawan lelaki ni yang aku boleh panggil dia dgn panggilan i &u.. tpi itu budak KL.. (beliau pindah dr srawak..) tapikan, aku bukannya ada pape pun ngan beliau~~ heheh~~ kiranya, aku ni jadikan beliau sebagai best friend aku lh~~ haha~~ menurut mata kasar aku melihat, beliau ni mmg ‘power’ dalam permainan catur.. aku dan beliau kekadang kongsi masalah b’sama~~
Kekadang aku ni pelik lah jugak?? Beliau ni se power-power dalam catur, ada juga pengorbanan beliau.. sedey lak aku rasa~~ beliau ada cakap ngan aku yang beliau ada suka gurl ni.. tp gurl ni tiada menampakkan ciri2 yang sama bagi pihak gurl tuh.. beliau ni ada jgak r tanya aku yang gurl ni dh ada ke yang berpunya.. so aku jawab je r “ada!” (mmg takder feeling langsung r aku niyh! Hehe~~) then ada lah arituh, beliau ni buat keputusan yang dia hanya merelakan gurl ni gembira dengan kehidupan nyer~~
Melihat dari probs beliau aku rasa beliau lah kawan aku (lelaki) yang
sedia b’korban untuk gurl ni.. aku tak tau lah yang gurl ni tahu atau tak ttg perkara ni.. FYI, aku, beliau, dan gurl mempunyai satu pertalian persahabatan. Kami dipertemukan di sebuah sekolah yang akan ku ingat sampai bila-bila.. bukan nyer aku tak suka kan sekolah aku kini.. tapi ye lar~~
Semenjak aku bertukar ke sini, aku telah mendpati bahawa diriku ini telah banyak berubah.. okey aku admit berberapa perkara:

1. bahawasanya dulu aku ni mmg panas baran, kuat melenting and kuat menjerit! Tapi kini, aku rasa aku dah boleh kawal mood aku..
2. bahawasanya dulu sah2 aku ‘free hair’ (lantak r orang nak kata apa~~) but now on aku perbetulkan diriku ini.. aku tak free hair dh!
3. bahawasanya dulu aku ni senang jugak lah nak berkawan ngan sesiapa termasuk senior-senior aku kat sana (kolej).. tpi bila aku kat cni jer mood aku untuk mengenali senior-senior aku pudar~~ ntah apa sbbnya aku tak tau..
4. bahawasanya dulu aku suka g jalan-jalan kat mall (parkson, imperiall or boulevard) ngan kengkawan.. boleh jugak lah dikatakn EVERYWEEKEND!!! tpi bila sampai je kat cni terus tukar pendirian! Maybe salah satu faktornya kat cni takder pape kot~ huhu~~

tak pasal-pasal aku ckap ttg lain~~biar je larr..hehe~
******************************************************************
~toodlezz~