Monday, September 6, 2010

rAyA ~oh~ rAyA

Assalamualaikum~~
Raya ~oh~ raya


Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan nya juga aku masih bernafas di atas muka bumi yang fana ini. Aku juga bersyukur kerana aku dapat menunaikan ibadat puasa dngn sebaiknya.

Entri yang aku coret kali ni untuk mengenang kembali thn-thn yang dahulunya... tahun ni aku beraya di NEGERI SEMBILAN (kmpung sebelah ibu) tapi tahun ni maybe tak meriah mana~~ sbb tahun ni ramai yang balik ke rumah mak mertua masing-masing.. tapi ibuku sudah berjanji akan buat raya tahun ni raya yang GEMPAK!

Di sini aku ingin menyatakan ttg keluarga besarku..(sebelah ibuku..)


nenek & atok aku: mempunyai 7 orang anak, 20 orang cucu (8 dah berkahwin), 15 orang cicit
dan kalau korang semua nak tahu (even korang tak nak kan!! Aku bagi tahu je) aku cucu yang ke 16. Hehe~~ apa kata korang kira semua sekali berapa orang semuanya family besarku. (maths time!) hehe~ oups! Back to our story..


malam raya, orang pergi takbir raya kita orang ni main mercun..haha~~ ketua kami cousin aku lah tu.. then pengikut2 nya kami lah~~ aku tak berapa suka sangat main mercun ni.. sbb kerana agak mengecewakan aku untuk paginya.. tapi kalau dah bagi main, aku suka main mercun ‘das’, ‘roket’, ‘lipas’,‘bola’... paling takut mercun ‘ketupat’! kuat gila bunyi nyer~~ tebaabooooommm!!!! Dan yang group cicit ni main lah bunga api dan ‘pop-pop’! I BENCI YOU ‘pop-pop’!! FYI, aku sorang jer perempuan yang still belajar and main mercun.. semua cousin aku BOYS. Masuk rumah pukul 12 atau pukul 1 macam tu.. terpaksa tukar baju lagi sbb baju aku hanya ada bau asap!


hmm..Kalau bahagian tidur, agak-agaknya korang boleh berimaginasi tak macamana keadaan aku with family besar aku??? Haha~~ kalau semua balik kampong macam tahun 2009, sememangnya seperti sardine! Bantal untuk kepala sorang satu itupun siapa cepat dia dapat! Kalau tak guna ‘kusyen keras’ jawabnyer~~ selalunya kami tidur dalam pukul 1 pagi 4 remaja.. yang parents dalam pukul 11.30 mlm tidor dah.. hehe~~ 4 budak kecil tidor dlam pukul 12! (nak ikot si remaja gak!) keadaan kita orang tidur memang sistemetik~ ...

pagi raya, memang best! FYI, atok akan bawa ‘jam ayam’ dia berjalan keliling rumah.. memang kuat siot bunyi jam tuh! Tp sekuat-kuat bunyi tu yang bangun awal hanya aku dan kak mar~~ kita orang ni pergi lah dapur, duduk bertenggek kat dapur zon 1.. masa tuh, atok kat dapur zon 2.. bagi aku, kami yang dah bangun awal ni bukan nyer nak mandi or buat ape. Just hirup udara segar..

perbualan atok dengan cucunya (aku!):

atok: Ika, pergi lah mandi. Orang lain tak bangu lagi, nanti kalau bangun kang tak sompet nak masuk bilik air..
aku: sompet nyer~~ tok.. ika tak nak mandi awal lah tok, sejuk!!! Ggrrr~~ hehe~~
atok: hah! Pergi lah cuci muka pastu buat air teh, Nescafe, dan milo!
Ika: waa! Tok banyak tu.. ika buat untuk ika je lah~~ hehe~~
Atok: hehe~~ hehe~ golak ja kau suko.. atok nak raso ika buek air~~
Ika: beres tok!

Aku buat je lah apa yang diminta~~ baikkan cucu Karim ni! Tak lama kemudian, aku ingat ‘take a bath!’ waa~~ akibat aku tak ikot ckap atok aku, aku kena tunggu dan ambil giliran~~ huhu~~ dah lah family besar aku ni banyak lelaki dari perempuan.. so kekadang kena juga mengalah.. dah tahu nak pergi solat raya nak bangun lambat lagi! Tak ke aku beng~! Aku pun nak pergi solat raya jugak!

Setelah pulang dari solat raya, kitaorang dengan program seterusnya! Aku dengan pantas melipat kain sembahyang terus menyiapkan ‘props’ untuk program salam bersalaman.. yang ini memang aku paling suka! Hoho~~ setiap tahun aku yang jadi penukar posisi tempat duduk, backdrops.. macam-macam lagi lah~~ time ni mmg sdeyh and happy.. sedih sbb byk dugaan dan cabaran.. happy sbb budak-budak dapat duit raya! Next! Program yang aku paling tunggu-tunggu!! Hoho~ PHOTOSHOTs!` banyak lah aksi yang kita orang ni buat!! Tapi aku ingat thun niaku nak buat kelainan kot...


Eh NAI, cukup lah awak ni mengarut .. habis semua cerita keluar~~ i have to stop!
Toodlessssss.............!

No comments: