Sunday, February 15, 2009

Kawanku...

Jikalau dulu aku pernah berkawan dengan ramai orang dan berbilang kaum, tetapi untuk kali ini pada tahun ini aku dipisahkan daripada rakanku yang berbilang kaum dan berkawan dengan kaum yang sama..

Maaflah kalau ada yang terasa. Tetapi bagiku disini, aku akan berterus-terang kerana aku akan luahkan segalanya di sisni. aku berasa sangat sesuai apabila berkawan dengan orang yang berbilang akum ini membuatkan aku menjadi lagi peramah. setelah aku pindah, aku terasa berat untuk bercakap biarpun ada guruku mengesahkan aku sudah banyak cakap di kelas!

Aku rindu dengan suasana di sana (tempat lama) dimana baik lelaki atau perempuan tahu adab pergaulan dan sememangnya peramah! Disini aku boleh mengatakan aku akan keluar rehat bersama dengan 2 orang kawan rapat ku.. Disini aku dapat saksikan dimana pelajar di sekolah akan berkawan rapat dengan geng-geng sekepala sahaja... Justeru kaki untuk melangkah bagi mulut untuk bertanya sememangnya payah buatku.

Aku sentiasa menjadikan diriku ini seorang yang penyabar dari dahulu, kerana dengan adanya usikkan, ejekkan dan 'perli' aku hanya buat tak endah sahaja...

insyaallah kalau aku ada masa lagi, aku akan 'post' kan gambar kawan karibku dulu & kini..

-wassalam-

No comments: