Monday, November 9, 2009

‘saya awak’

Dahulu, dia lah penemanku,
Dahulu, dia juga sahabat karibku,
Dia menolongku dengan seadanya..
juga pemberi kata semangat bagiku,
Perkara yang hampir 4 tahun
Tidak pernah lekang dari fikiranku
Tetapi kerana suatu perubahan,
Iaitu perpindahan yang merentasi laut china selatan
Itu telah merubah segalanya…
Bertahun lamanya aku mencari,
Mencari dia dengan kerelaan hati
Selama 2 tahun
aku mencari-cari
Biarpun bayang mahupun layang.
Kini telah merungkai segalanya
Dia yang ku cari selama ini ada
Ada terdiam ditempat lama
Mengapa aku telefon,
tidak menjawabnya.
Mengapa aku menghantar tidak membalasnya..
Kini aku tidak ada peneman setiaku…
Telah lama menghilang tanpa berita,
kelmarin kau telah membalas sms ku,
Dengan panggilan ‘kau aku’
Dulunya saya awak’
Mengapa kau telah berubah
Mengapa???
Biarpun ada yang kata engkau tetap seperti dulu…
Tetapi mana perginya kau yang dulu
Bagiku engkau telah berubah…
Kau telah berubah…

p/s:
*siapa yang terasa pham-pham je lh..
untuk aku, kamu, dia, awak, saya dan
SEMUA...

No comments: